Tahukah anda apa itu asimilasi makanan? Asimilasi makanan ialah proses pencernaan dan penukaran makanan berkhasiat menjadi tisu hidup. Di samping itu, dengan adanya pemakanan, kita juga dapat mengetahui bagaimana badan kita bekerja. Dalam pemakanan ini terkandung semua jenis pengelasan makanan, misalnya vitamin, protein, lemak, dan sebagainya.
Makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu, dan bijirin sebenarnya dapat membantu pertumbuhan serta kesihatan tubuh badan anda.
Blog ini adalah blog seorang Pendidik, semua kandungan dalam blog ini adalah bertujuan untuk ilmu pengetahuan dan pendidikan. Pendidikan kesihatan adalah blog mengenai semua aspek kesihatan khususnya bagi Tunjang Gaya Hidup Sihat.Tajuk Pemakanan dan Penyalahgunaan Bahan Tahun 5.
Saturday, 26 November 2011
CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN PENDIDIKAN KESIHATAN
BAHAGIAN A
SOALAN 1
Apakah tujuan doktor perubatan atau doktor pergigian melakukan pemeriksaan fizikal terhadap pesakit?
SOALAN 1
Apakah tujuan doktor perubatan atau doktor pergigian melakukan pemeriksaan fizikal terhadap pesakit?
[2 markah]
Pemeriksaan fizikal boleh dilakukan serta merta seperti semasa kecemasan ataupun secara berkala dari semasa ke semasa untuk mengesan sebarang masalah kesihatan. Pemeriksaan fizikal dilakukan untuk menentukan keadaan kesihatan keseluruhannya, mengenalpasti dan mengesan sesuatu masalah yang telah pun disedari ataupun bagi mengenalpasti dan mengesan masalah pada peringkat awal atau sesuatu keadaan yang berpotensi untuk menjadi masalah. Pemeriksaan fizikal melibatkan usaha-usaha mengumpul kajian sejarah, pemeriksaan klinikal dan ujian-ujian. Pemeriksaan fizikal berupaya untuk memperoleh maklumat tambahan bagi membuat diagnosis ke atas masalah perubatan dan pergigian.
SOALAN 2
Apakah yang menyebabkan malnutrisi?
SOALAN 2
Apakah yang menyebabkan malnutrisi?
[ 2 markah]
adalah keadaan yang disebabkan oleh kekurangan zat makanan.
• Kekurangan zat makanan mungkin disebabkan oleh pengambilan zat makanan yang tidak mencukupi, proses pencernaan makanan yang tidak sempurna atau masalah penyerapan zat makanan.
• Kekurangan satu jenis vitamin adalah sejenis malnutrisi, begitu juga dengan kekurangan makanan atau kebuluran.
Bagi kanak-kanak malnutrisi protein menyebabkan keadaan yang dinamakan Kwashiorkor .
• Kanak-kanak ini mengalami pertumbuhan yang terbantut, anemia, metalbolisme terjejas dan perut menjadi buncit.
Fungsi zat makanan tertentu, kesan kekurangan dan kesan pengambilan berlebihan zat makanan tersebut.
SOALAN 3
Jelaskan secara ringkas maksud kesenggangan.

ialah waktu terluang yang diisi dengan sebarang aktiviti yang digemari.
(Sumber: Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan) Biasanya waktu terluang ini diisi dengan aktiviti yang tidak membebankan badan dan otak. Akan tetapi, sesetengah orang lebih gemar mengisi waktu senggangnya dengan aktiviti yang proaktif seperti melukis, mengubah lagu, menanam dan menyiram pokok bunga dan sebagainya. Waktu senggang ini boleh juga digunakan untuk memulihkan keadaan badan dan otak yang telah penat berkerja. Iaitu dengan cara berehat atau tidur. Setiap hari kita perlu mempunyai waktu kesenggangan yang berkualiti pada masa tertentu.
Aktiviti kesenggangan
• Memancing ikan – aktiviti yang boleh menenangkan pemikiran seseorang dan membentuk sikap tidak terburu- buru.
• Bermain bola sepak – sukan yang boleh mengeratkan hubungan pemain.
• Berenang – sukan yang boleh melegakan badan seseorang.
• Mendengar muzik yang merdu – boleh menenangkan pemikiran seseorang.
• Bermain alat muzik – ini dapat menyenangkan seseorang.
• Menyanyi – ini dapat meyebabkan seseorang meluahkan perasaannya.
• Bermain catur – ini dapat melatih kecergasan pemikiran seseorang.
• Menonton televisyen – ini dapat menyeronokkan seseorang.
SOALAN 4
Nyatakan faedah atau kebaikan media massa sebagai saluran komunikasi dalam kesihatan.

Komunikasi merupakan alat dan media bagi mempromosi atau meningkatkan tahap kesihatan individu dan masyarakat. Ia boleh membantu mencegah penyakit serta mempromosikan kesihatan kepada individu dan masyarakat melalui pelbagai aspek dan cara. Antara kepentingan komunikasi terhadap kesihatan individu adalah:
(a) mengeratkan hubungan antara ahli profesional kesihatan dengan para pesakit.
(b) mendedahkan individu terhadap proses mencari dan menggunakan informasi kesihatan.
(c) memperoleh sokongan individu terhadap peraturan dan cadangan klinikal yang berkaitan dengan kesihatan.
(d) membentuk dan mempromosikan maklumat-maklumat kesihatan.
(e) menyebarkan informasi-informasi risiko kesihatan individu dan masyarakat.
(f) menonjolkan imej-imej tentang kesihatan melalui media massa.
(g) mendidik individu dan masyarakat tentang bagaimana memperoleh kemudahankemudahan kesihatan.
(h) membentuk aplikasi telekesihatan.
SOALAN 5
Nyatakan salah SATU (1) misi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

[Jumlah:-10 markah]
[Jumlah:-10 markah]
Misi Bahagian Pendidikan Kesihatan adalah untuk mempromosikan kesihatan rakyat Malaysia melalui:
• Penyebaran maklumat yang tepat, wajar dan sesuai dengan cara yang inovatif, saksama dan tepat pada waktu
• Dorongan ke atas individu dan komuniti supaya mereka dapat bertindak terhadap faktor- faktor yang mempengaruhi kesihatan mereka
• Kolaborasi antara sektor dengan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang berkaitan dan dengan sektor swasta
BAHAGIAN B

Penyediaan dan penyajian makanan yang bersih dan selamat adalah penting bagi mengelakkan berlakunya keracunan makanan. Terangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh penyedia dan penyaji makanan kantin sekolah bagi menjamin makanan yang disediakan dan disajikan kepada murid-murid sekolah tidak tercemar.
[10 markah]
Pada ‘amnya semua pengendali makanan(sesiapa saja yang menyentuh makanan untuk dimasak termasuk juga suri-suri rumah) mesti mematuhi keselamatan pengendalian makanan ini dari mengelakan bahan makanan dikontiminasi oleh bakteria-bakteria yang membahaya yang akan membawa pada gejala keracunan makanan.Keracunan makanan ini adalah mimpi buruk yang akan melanda pengusaha kafeteria atau kantin.Setiap pengusaha atau pengurus pengendalian makanan perlu mengetahui langkah-langkah keselamatan yang sepatutnya diambil.Berikut adalah langkah-langkah keselamatan yang peerlu diambil untuk menyediakan makanan itu bersih dan terhindar dari keracunan makanan.
1. Kaedah Pembelian Bahan Mentah atau cara penerimaan pesanan pembeliaan.
2. Kaedah Simpanan catuan Kering. Setor Kering atau Dry Store.
3. Kaedah Simpanan Catuan Makanan Basah.
4. Kaedah Mencegah Keracunan Makanan.
5. Memanaskan kembali Makanan yang telah sedia masak (Reheating cooked Food).
6. Penetapan Kepanasan Makanan (Hot Holding Foods).
7. Pencemaran Bersilang (Cross - Contimination).
8. Cara Pengawalan.
• Sejukan (Refrigerate) Bahan untuk masak sebelum penyediaan masak.
• Di larang mempersiapkan Hidangan masakan terlalu awal.
• Sediakan Hidangan yang sedikit demi sedikit.
9. Amalan yang Betul Menghidang / layani Pelangan.
10. Kebersihan Diri ( Personel Hygiene ).
11. Pakaian.
SOALAN 2
Setiap manusia memerlukan rehat yang cukup. Manusia dapat berfungsi dan menjalankan aktiviti hariannya dengan cergas dan berkesan jika mempunyai rehat yang cukup.
Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan rehat. Jelaskan juga apakah yang dimaksudkan dengan rehat aktif dan rehat pasif. Berikan juga contoh-contoh aktiviti-aktiviti bagi kedua-dua jenis rehat tersebut.

Rehat ialah tempoh yang diambil untuk berhenti daripada melakukan sesuatu aktiviti fizikal atau mental atau melakukan aktiviti yang ringan. (Sumber: Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan). Waktu rehat boleh digunakan untuk mengurangkan keletihan, menghilangkan rasa lapar dan dahaga. Untuk merehatkan badan yang telah penat bekerja, kita boleh melakukan aktiviti ringan seperti membaca, bermain karom atau permainan dalaman yang lain. Untuk merehatkan otak yang telah penat berfikir kita
boleh mendengar muzik, membaca majalah, bermain dan bersiar-siar.
(a) Rehat pasif bermakna rehat tanpa melakukan pergerakkan badan, iaitu tiada regangan otot. Tiga jenis rehat pasif yang berkesan ialah latihan mental, pembayangan gambaran dan istirehat fizikal. Kita boleh melakukan aktiviti rehat pasif dalam keadaan pasif dan dalam postur yag selesa.
(b) Rehat aktif ialah satu daripada bentuk rehat melalui latihan fizikal untuk meregangkan otot badan. Kita boleh membuat senaman yang ringan seperti berjalan-jalan dan mengambil angin di taman bunga atau melakukan senamrobik. Senamrobik boleh dilakukan rentak muzik.
SOALAN 3
Fizikal, sosial dan gender merupakan aspek-aspek yang saling berkait rapat bagi menentukan taraf kesihatan keluarga. Jelaskan bagaimana aspek-aspek ini saling berkait bagi menentukan taraf kesihatan keluarga.

Keluarga adalah institusi yang paling penting bagi menjamin kehidupan yang bermakna, penuh dengan kasih sayang dan kebahagiaan. Dalam sesebuah keluarga, aspek-aspek kesihatan fizikal adalah sangat perlu. Ini kerana kesejahteraan pemikiran dan kerohanian seseorang bergantung rapat kepada kesejahteraan fizikal. Seseorang mukmin yang kuat adalah lebih baik daripada yang lemah. Minda yang sihat akan lahir dari tubuh badan yang sihat. Kita bersama-sama menjaga kesihatan keluarga dengan sentiasa bersenam, mengamalkan pemakanan yang seimbang, bijak menangani stres dan yang penting sekali menyayangi diri sendiri.
Aspek Fizikal
Aspek Fizikal adalah berkenaan dengan sistem pembiakan lelaki dan perempuan; perubahan fizikal, emosi dan psikologi yang berlaku semasa akil baligh, serta proses fisiologi persenyawaan manusia.
Aspek Sosial
Aspek sosial meliputi tajuk tentang tingkah laku seksual, seksualiti alam kanak-kanak dan alam remaja, kasih sayang, pergaulan dan perhubungan, kehamilan remaja, kesusilaan dan kesopanan. Kesihatan keluarga di aspek sosial pula merujuk kepada keberkesanan seseorang itu dalam konteks hidup bermasyarakat dan keupayaannya memenuhi tugas dan tanggungjawab sebagai seorang anggota keluarga.
Aspek Gender
Aspek gender adalah berkenaan dengan ekspekstasi peranan, peranan lelaki, peranan perempuan dan stereotaip jantina. Keharmonian akan tercapai jika nilai kesihatan keluarga dan budaya hidup yang positif dapat diterapkan dalam diri setiap ahli keluarga.

Friday, 25 November 2011
TIPS-TIPS GAYA HIDUP SIHAT
Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa
impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan
yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang
masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti
dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu
matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh
dilakukan untuk mencapai matlamat ini.
Rehat
Rehat ialah tempoh yang diambil untuk berhenti daripada melakukan sesuatu aktiviti fizikal atau mental atau melakukan aktiviti yang ringan. (Sumber: Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan). Waktu rehat boleh digunakan untuk mengurangkan keletihan, menghilangkan rasa lapar dan dahaga. Untuk merehatkan badan yang telah penat bekerja, kita boleh melakukan aktiviti ringan seperti membaca, bermain karom atau permainan dalaman yang lain. Untuk merehatkan otak yang telah penat berfikir kita boleh mendengar muzik, membaca majalah, bermain dan bersiar-siar.Terdapat dua jenis rehat yang boleh diamalkan iaitu:
(a) Rehat pasif bermakna rehat tanpa melakukan pergerakkan badan, iaitu tiada regangan otot. Tiga jenis rehat pasif yang berkesan ialah latihan mental, pembayangan gambaran dan istirehat fizikal. Kita boleh melakukan aktiviti rehat pasif dalam keadaan pasif dan dalam postur yag selesa.
(b) Rehat aktif ialah satu daripada bentuk rehat melalui latihan fizikal untuk meregangkan otot badan. Kita boleh membuat senaman yang ringan seperti berjalan-jalan dan mengambil angin di taman bunga atau melakukan senamrobik. Senamrobik boleh dilakukan rentak muzik.
Pemakanan
Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun makanan segera. Tidak kurang juga masyarakan kita hari ini yang lupa kesan pengambilan makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula atau sodium glutamit yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi ataupun kencing manis yang juga menjadi punca kematian tertinggi di negara kita.Orang ramai juga mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau meminum arak kerana kesannya amat membahayakan. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang seimbang.
Rekreasi
Rekreasi ialah penggunaan masa lapang untuk keseronokan dan merupakan aktiviti yang boleh dilakukan di luar rumah dan di luar sekolah. Ianya boleh dilakukan bersama keluarga dan rakan. Aktiviti rekreasi boleh menenangkan fikiran dan menyihatkan tubuh badan. Aktiviti rekreasi biasanya akan menyegarkan badan dan minda. Selain itu, rekreasi juga didefinisikan sebagai aktiviti terancang bukan untuk tujuan pertandingan tetapi untuk memperolehi keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan yang digunakan semasa masa lapang, contohnya aktiviti perkhemahan, rock climbing, scuba diving, abseiling dan jungle tracking.Waktu berekreasi biasanya adalah di hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad. Biasanya, rekreasi adalah dalam bentuk:
•sukan/permainan
•hobi
•melancong/bercuti
Rekreasi terbahagi kepada dua iaitu Rekreasi Dalam (in-door), contohnya badminton, squash, boling, yang kedua adalah Rekreasi Luar (out-door), contohnya abseiling, bola sepak dan perkhemahan.
Tidur
Umumnya orang beranggapan bahwa tidur malam yang baik memerlukan waktu sekitar 6 – 8 jam sehari. Tetapi ketahuilah bahawasanya pendapat ini ditentang oleh para saintis Barat seperti Dr. Ray Meddis, seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya hanya perlu tidur malam selama 3 JAMWaktu tidur biasanya dikenali dalam dua jenis, iaitu tidur
ayam dan tidur lelap. Mimpi biasanya terjadi pada tidur lelap (deep sleep). Senggangan
Tips Gaya Hidup Sihat yang seterusnya ialah aktiviti senggangan. Senggangan merupakan masa terluang yang digunakan untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan memberikan kepuasan kepada seseorang individu. Ianya memberi Kepuasan kendiri (personal filfillment). Aktiviti senggangan memberi impak positif ke atas tingkah laku, ekonomi, sosiobudaya, politik, sekitaran dan kesihatan bangsa dan negara seterusnya ke arah
pembentukan personaliti dan sikap positif serta berkeyakinan melalui aktiviti rekreasi dan kesenggangan.
Mengikut Konsep kesenggangan Aristotle, senggang sebagai keseronokan, Senggang sebagai kerja, senggang sebagai aktiviti, senggang sebagai pelengkap kesempurnaan kendiri, senggangan sebagai keseronokan dan kepuasan, kesukarelaan dan konstruktif.
BAHAN BANTU BELAJAR (BBB):PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5
Tunjang: Gaya Hidup Sihat
Tajuk : Pemakanan
Bahan Permainan
Nama bahan permainan: Ular dan Tangga
Jangka masa permainan:15 minit
Bilangan murid: 3 orang
Bahan yang digunakan:
Kadbod dan Dadu
Tajuk : Pemakanan
Bahan Permainan
Nama bahan permainan: Ular dan Tangga
Jangka masa permainan:15 minit
Bilangan murid: 3 orang
Bahan yang digunakan:
Kadbod dan Dadu
Persediaan Permainan
Untuk Guru
1.Guru harus merancang dan mengolah bahan permainan sesuai dengan tajuk dan objektif pengajaran yang diajarkan.
1.Guru harus merancang dan mengolah bahan permainan sesuai dengan tajuk dan objektif pengajaran yang diajarkan.
2.Guru menyediakan 10 set permainan Ular dan Tangga iaitu 1 papan permainan dan 1 biji dadu.
3.Pastikan bahan pengajaran itu lengkap dan mencukupi untuk semua pelajar di dalam bilik darjah. Guru perlu memastikan setiap kumpulan murid mengandungi 3 orang ahli.
4.Sebelum aktiviti permainan dijalankan, guru terlebih dahulu haruslah membuat demonstrasi atau tunjuk cara tentang cara-cara bermain kepada pelajar agar murid dapat memahami bentuk dan pelaksanaan permainan tersebut.
5.Guru harus menerangkan arahan dan peraturan bermain secara jelas kepada murid agar tidak berlaku salah faham dan kekeliruan semasa bermain. Ia juga membolehkan permainan berjalan dengan lancar serta mencapai objektifnya.
6.Guru juga harus memastikan jangka masa yang diperlukan untuk sesuatu permainan agar masa dapat dirancang dengan sebaik-baiknya.
7.Semasa permainan berlangsung, guru bertindak sebagai fasilitator dan membimbing murid apabila diperlukan.
8.Guru hendaklah berbincang dengan pelajar tentang kemahiran, sikap dan pengajaran atau nilai yang telah diperolehi hasil daripada aktiviti permainan yang telah dijalankan itu.
Untuk Murid
1.Sebelum memulakan permainan, murid hendaklah diberitahu tentang nama permainan, bentuk dan cara pengelolaan mengikut keperluan bermain.
2.Semua peraturan yang telah ditentukan itu bertujuan mengawal permainan dan memberikan petunjuk atau panduan kepada murid, di samping dapat mengredkan
permainan itu mengikut nilai-nilai tertentu.
3.Tidak kurang penting adalah pelajar itu sendiri tahu dan faham apa yang harus mereka lakukan.
Arahan Permainan
1.Permainan dinamakan Ular dan Tangga.
2.Setiap kumpulan mengandungi 3 orang ahli
3.Setiap kumpulan dibekalkan 1 set permainan yang mengandungi 1 papan permainan dan 1 biji dadu.
4.Semua pemain melontar buah dadu bergilir-gilir. Sesiapa yang mendapat bilangan enam, maka ia akan memulakan permainan terlebih dahulu kemudian diikuti oleh pemain yang mendapat bilangan kedua terbanyak dan seterusnya.
5.Semasa dalam permainan, sesiapa antara pemain yang mendapat bilangan enam semasa lontaran buah dadu dibuat, maka dia layak melontar sekali lagi.
6.Jika ada pemain berhenti pada petak yang bertangga, maka dia berpeluang naik ke atas tetapi jika sekiranya pemain berhenti pada petak yang mempunyai kepala
ular, maka dia terpaksa turun ke bawah dan berada di hujung ekor ular tersebut. Ini bermakna setiap langkah naik dan turun membawa maksudnya tersendiri.
7.Perlu diingat, bahawa setiap pemain yang berhenti pada petak yang menunjukkan makanan tidak berkhasiat, maka ia terpaksa turun pada petak ekor ular, manakala jika pemain berhenti pada petak yang menunjukkan makanan berkhasiat, pemain akan menaiki tangga.
Peraturan Permainan
1.Pemain terdiri daripada tiga orang.
2.Setiap pemain perlu menggunakan buah dadu untuk menentukan kedudukannya.
3.Bergerak mengikut urutan nombor.
4.Jika pemain mendapat dadu bilangan enam, pemain tersebut berpeluang melontar buah dadu sekali lagi.
5.Pemain perlu naik petak mengikut tangga dan turun petak mengikut badan ular yang telah ditetapkan.
6.Pemain yang lebih dahulu sampai ke angka penamat dikira sebagai pemenang (Pengamal Gaya Hidup Sihat).
Wednesday, 23 November 2011
PIRAMID MAKANAN
Pendekatan Piramid :Makan Makanan dari Kumpulan Asas Makanan
Banyak perkembangan telah berlaku kebelakangan ini tentang makanan seimbang dan ini termasuklah pendekatan piramid yang dicadangkan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat.Rajah dibawah menunjukkan kumpulan makanan sebagai makanan seimbang.
PENDIDIKAN KESIHATAN
APA ITU PENDIDIKAN KESIHATAN?
Pendidikan kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau menggunakan pengalaman bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti ( Grout,1968 )
GAYA HIDUP SIHAT
- Konsep tunjang ini adalah pengalaman aktiviti kehidupan harian yang sihat dan menjauhi tingkah laku berisiko secara berterusan.
- Tumpuan diberi kepada penyelesaian konflik, pengurusan stres, kemahiran merancang, pemakanan, penyalahgunaan bahan dan pencegahan dadah
Tuesday, 22 November 2011
GAYA HIDUP SIHAT: Pemakanan
Makanan ialah apa yang kita makan dan pemakanan merupakan makanan yang dimakan dan bagaimana tubuh badan menggunakannya. Makanan dan pemakanan adalah penting bagi kesihatan setiap individu.
Makan untuk Kesihatan
Bagi menjaga kesihatan perkara-perkara berikut perlu diambil kira :
- Menambah pengambilan makanan yang mempunyai banyak fiber.
- Menambah pengambilan makanan yang mengandungi kanji.
- Mengurangkan pengambilan lemak.
- Mengurangkan pengambilan gula.
- Mengurangkan pengambilan garam.
- Mengurangkan pengambilan alkohol.
Makanan yang Seimbang
Makanan yang seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan kita berfungsi dengan normal. Makanan seimbang seharusnya memberi :
- Tenaga makanan yang mencukupi.
- Protein, kanji, dan lemak secara optimum.
- kandungan fiber yang mencukupi.
- Kandungan bahan galian , vitamin dan asid lemak.
Kumpulan Makanan :
- Makanan pemberi tenaga.
- Makanan pembina badan.
- Makanan menjauhi penyakit.
Makanan pemberi tenaga
Di Malaysia penduduk mendapat tenaga daripada nasi. Selain daripada nasi makanan yang menghasilkan tenaga ialah semua jenis bijirin seperti jagung, gandum, beras dan barli.Begitu juga dengan ubi seperti keledek, keladi, ubi kayu dan kentang. Makanan lain termasuk makanan yang mengandungi gula seperti gula pasir, sirap, jem dan madu. Makanan pembina badan
Makanan yang mengandungi protein mebina sel-sel atau jaringan tisu pada tubuh badan kita.Makanan ini termasuklah ikan, ketam kepah,sotong, ayam, itik, dan lembu.
Kekurangan sumber protein ini akan menyebabkan terbantutnya pertumbuhan seseorang. Ia juga menyebabkan pembentukan otot-otot tergendala. kekurangan pembentukan darah menyebabkan badan menjadi lesu.Makanan menjauhi penyakit
Makanan jenis ini merupakan makanan yang membekalkan tubuh dengan bahan-bahan yang mengekalkan semua perjalanan organ-organ di dalamnya. Ia mencegah tubuh daripada dihidapi penyakit. Makanan jenis ini meliputi sayur-sayuran dan buah-buahan.
Subscribe to:
Posts (Atom)