Tunjang: Gaya Hidup Sihat
Tajuk : Pemakanan
Bahan Permainan
Nama bahan permainan: Ular dan Tangga
Jangka masa permainan:15 minit
Bilangan murid: 3 orang
Bahan yang digunakan:
Kadbod dan Dadu
Tajuk : Pemakanan
Bahan Permainan
Nama bahan permainan: Ular dan Tangga
Jangka masa permainan:15 minit
Bilangan murid: 3 orang
Bahan yang digunakan:
Kadbod dan Dadu
Persediaan Permainan
Untuk Guru
1.Guru harus merancang dan mengolah bahan permainan sesuai dengan tajuk dan objektif pengajaran yang diajarkan.
1.Guru harus merancang dan mengolah bahan permainan sesuai dengan tajuk dan objektif pengajaran yang diajarkan.
2.Guru menyediakan 10 set permainan Ular dan Tangga iaitu 1 papan permainan dan 1 biji dadu.
3.Pastikan bahan pengajaran itu lengkap dan mencukupi untuk semua pelajar di dalam bilik darjah. Guru perlu memastikan setiap kumpulan murid mengandungi 3 orang ahli.
4.Sebelum aktiviti permainan dijalankan, guru terlebih dahulu haruslah membuat demonstrasi atau tunjuk cara tentang cara-cara bermain kepada pelajar agar murid dapat memahami bentuk dan pelaksanaan permainan tersebut.
5.Guru harus menerangkan arahan dan peraturan bermain secara jelas kepada murid agar tidak berlaku salah faham dan kekeliruan semasa bermain. Ia juga membolehkan permainan berjalan dengan lancar serta mencapai objektifnya.
6.Guru juga harus memastikan jangka masa yang diperlukan untuk sesuatu permainan agar masa dapat dirancang dengan sebaik-baiknya.
7.Semasa permainan berlangsung, guru bertindak sebagai fasilitator dan membimbing murid apabila diperlukan.
8.Guru hendaklah berbincang dengan pelajar tentang kemahiran, sikap dan pengajaran atau nilai yang telah diperolehi hasil daripada aktiviti permainan yang telah dijalankan itu.
Untuk Murid
1.Sebelum memulakan permainan, murid hendaklah diberitahu tentang nama permainan, bentuk dan cara pengelolaan mengikut keperluan bermain.
2.Semua peraturan yang telah ditentukan itu bertujuan mengawal permainan dan memberikan petunjuk atau panduan kepada murid, di samping dapat mengredkan
permainan itu mengikut nilai-nilai tertentu.
3.Tidak kurang penting adalah pelajar itu sendiri tahu dan faham apa yang harus mereka lakukan.
Arahan Permainan
1.Permainan dinamakan Ular dan Tangga.
2.Setiap kumpulan mengandungi 3 orang ahli
3.Setiap kumpulan dibekalkan 1 set permainan yang mengandungi 1 papan permainan dan 1 biji dadu.
4.Semua pemain melontar buah dadu bergilir-gilir. Sesiapa yang mendapat bilangan enam, maka ia akan memulakan permainan terlebih dahulu kemudian diikuti oleh pemain yang mendapat bilangan kedua terbanyak dan seterusnya.
5.Semasa dalam permainan, sesiapa antara pemain yang mendapat bilangan enam semasa lontaran buah dadu dibuat, maka dia layak melontar sekali lagi.
6.Jika ada pemain berhenti pada petak yang bertangga, maka dia berpeluang naik ke atas tetapi jika sekiranya pemain berhenti pada petak yang mempunyai kepala
ular, maka dia terpaksa turun ke bawah dan berada di hujung ekor ular tersebut. Ini bermakna setiap langkah naik dan turun membawa maksudnya tersendiri.
7.Perlu diingat, bahawa setiap pemain yang berhenti pada petak yang menunjukkan makanan tidak berkhasiat, maka ia terpaksa turun pada petak ekor ular, manakala jika pemain berhenti pada petak yang menunjukkan makanan berkhasiat, pemain akan menaiki tangga.
Peraturan Permainan
1.Pemain terdiri daripada tiga orang.
2.Setiap pemain perlu menggunakan buah dadu untuk menentukan kedudukannya.
3.Bergerak mengikut urutan nombor.
4.Jika pemain mendapat dadu bilangan enam, pemain tersebut berpeluang melontar buah dadu sekali lagi.
5.Pemain perlu naik petak mengikut tangga dan turun petak mengikut badan ular yang telah ditetapkan.
6.Pemain yang lebih dahulu sampai ke angka penamat dikira sebagai pemenang (Pengamal Gaya Hidup Sihat).
No comments:
Post a Comment