Kenapa perlu bersenam?
Anda tahu tidak kenapa kita perlu bersenam? Faedahnya banyak. Dengan bersenam, badan kita akan jadi sihat dan kuat. Kita juga akan jauh daripada pelbagai penyakit. Antara faedah lain daripada bersenam ialah:
- Senaman dapat meningkatkan kelembutan (kelenturan otot) dan membina kekuatan otot.
- Jantung bekerja lebih cekap ketika bersenam dan berehat.
- Meningkatkan kadar nadi dan mencegah pengerasan arteri, serta dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Arteri yang keras merupakan penyebab utama berlakunya tekanan darah tinggi yang boleh membawa penyakit jantung dan angin ahmar (strok).
- Meningkatkan keupayaan badan mengawal paras glukosa darah.
- Membantu mengawal lipid darah yang tidak normal.
- Menguatkan tulang dan meningkatkan imbangan. Ini akan membantu mencegah atau memperlahankan proses osteoporosis (kereputan tulang) dan mengurangkan risiko daripada terjatuh yang boleh menyebabkan patah pinggang atau kecederaan yang lain.
Kanak-kanak yang kurus lebih aktif berbanding kanak-kanak yang gemuk.
Senaman yang boleh dilakukan
Tentu ramai anda yang takut dan bimbang ditimpa pelbagai penyakit bukan? Jangan bimbang, kalau ada penyakit, pasti ada penawarnya. Senaman yang dirasakan sesuai untuk meningkatkan lagi aktiviti fizikal anda supaya tidak berlaku masalah kesihatan:
- Berjalan kaki dengan cepat, menaiki tangga, bersenam aerobik.
- Berlari, lari-lari anak (joging), berbasikal, berenang, atau merentas desa.
- Bersukan dengan bermain tenis, bola sepak, atau skuasy.
- Berjalan-jalan, berkebun.
- Melakukan kerja-kerja rumah, menari, dan aktiviti-aktiviti yang lain.
No comments:
Post a Comment