Friday 25 November 2011

TIPS-TIPS GAYA HIDUP SIHAT

Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa
impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan
yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang
masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti
dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu
matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh
dilakukan untuk mencapai matlamat ini.
Rehat
Rehat ialah tempoh yang diambil untuk berhenti daripada melakukan sesuatu aktiviti fizikal atau mental atau melakukan aktiviti yang ringan. (Sumber: Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan). Waktu rehat boleh digunakan untuk mengurangkan keletihan, menghilangkan rasa lapar dan dahaga. Untuk merehatkan badan yang telah penat bekerja, kita boleh melakukan aktiviti ringan seperti membaca, bermain karom atau permainan dalaman yang lain. Untuk merehatkan otak yang telah penat berfikir kita boleh mendengar muzik, membaca majalah, bermain dan bersiar-siar.Terdapat dua jenis rehat yang boleh diamalkan iaitu: 

(a) Rehat pasif bermakna rehat tanpa melakukan pergerakkan badan, iaitu tiada regangan otot. Tiga jenis rehat pasif yang berkesan ialah latihan mental, pembayangan gambaran dan istirehat fizikal. Kita boleh melakukan aktiviti rehat pasif dalam keadaan pasif dan dalam postur yag selesa. 

(b) Rehat aktif ialah satu daripada bentuk rehat melalui latihan fizikal untuk meregangkan otot badan. Kita boleh membuat senaman yang ringan seperti berjalan-jalan dan mengambil angin di taman bunga atau melakukan senamrobik. Senamrobik boleh dilakukan rentak muzik. 

Pemakanan
Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun makanan segera. Tidak kurang juga masyarakan kita hari ini yang lupa kesan pengambilan makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula atau sodium glutamit yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi ataupun kencing manis yang juga menjadi punca kematian tertinggi di negara kita.Orang ramai juga mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau meminum arak kerana kesannya amat membahayakan. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang seimbang.

Rekreasi
Rekreasi ialah penggunaan masa lapang untuk keseronokan dan merupakan aktiviti yang boleh dilakukan di luar rumah dan di luar sekolah. Ianya boleh dilakukan bersama keluarga dan rakan. Aktiviti rekreasi boleh menenangkan fikiran dan menyihatkan tubuh badan. Aktiviti rekreasi biasanya akan menyegarkan badan dan minda. Selain itu, rekreasi juga didefinisikan sebagai aktiviti terancang bukan untuk tujuan pertandingan tetapi untuk memperolehi keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan yang digunakan semasa masa lapang, contohnya aktiviti perkhemahan, rock climbing, scuba diving, abseiling dan jungle tracking.Waktu berekreasi biasanya adalah di hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad. Biasanya, rekreasi adalah dalam bentuk:
•sukan/permainan
•hobi  
•melancong/bercuti 

Rekreasi terbahagi kepada dua iaitu Rekreasi Dalam (in-door), contohnya badminton, squash, boling, yang kedua adalah Rekreasi Luar (out-door), contohnya abseiling, bola sepak dan perkhemahan. 

Tidur
Umumnya orang beranggapan bahwa tidur malam yang baik memerlukan waktu sekitar 6 – 8 jam sehari. Tetapi ketahuilah bahawasanya pendapat ini ditentang oleh para saintis Barat seperti Dr. Ray Meddis, seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya hanya perlu tidur malam selama 3 JAMWaktu tidur biasanya dikenali dalam dua jenis, iaitu tidur
ayam dan tidur lelap. Mimpi biasanya terjadi pada tidur lelap (deep sleep).           

Senggangan
Tips Gaya Hidup Sihat yang seterusnya ialah aktiviti senggangan. Senggangan merupakan masa terluang yang digunakan untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan memberikan kepuasan kepada seseorang individu. Ianya memberi Kepuasan kendiri (personal filfillment). Aktiviti senggangan memberi impak positif ke atas tingkah laku, ekonomi, sosiobudaya, politik, sekitaran dan kesihatan bangsa dan negara seterusnya ke arah
pembentukan personaliti dan sikap positif serta berkeyakinan melalui aktiviti rekreasi dan kesenggangan.
Mengikut Konsep kesenggangan Aristotle, senggang sebagai keseronokan, Senggang sebagai kerja, senggang sebagai aktiviti, senggang sebagai pelengkap kesempurnaan kendiri, senggangan sebagai keseronokan dan kepuasan, kesukarelaan dan konstruktif.









No comments:

Post a Comment