Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.
Siapakah yang tergolong dalam obesiti?
- Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal;
- Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya;
- Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 (sila lihat di bawah untuk bagaimana mengira BMI);
- Mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis); dan
- Gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan
Apakah berat badan sepatutnya?
Manusia dilahirkan dengan saiz, tinggi, dan bentuk badan yang berbeza. Sebab itu, tidak semua orang mempunyai ketinggian, bentuk, dan berat badan yang sama. Berat badan sepatutnya dikategorikan sebagai sederhana, iaitu tidak gemuk dan tidak pula kurus. Jika anda hendakkan berat badan sebegini, anda perlu menjauhi makanan yang mengandungi banyak lemak dan kalori. Tetapi, jangan berlapar sehingga badan berubah menjadi kurus. Makanlah dengan cukup. Oleh itu, banyakkan makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran kerana badan anda amat memerlukan makanan tersebut.Apakah Indeks Jisim Badan?
Indeks Jisim Badan (BMI) (bahasa Inggeris: Body Mass Index) merupakan formula untuk menilai berat badan serta berkait rapat dengan ketinggian seseorang itu. BMI merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu itu.Indeks Jisim Badan | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Status | BMI | |||||||
Kurus | Kurang 20.6 | |||||||
Normal | 20.7 - 26.4 | |||||||
Gemuk | 26.5 - 30.9 | |||||||
Obesiti | 31.0 - 45.2 | |||||||
Bahaya | Lebih 45.3 |
Jika anda ingin tahu berat badan serta ketinggian anda itu menepati ciri-ciri berat badan yang ideal atau tidak, anda boleh menggunakan pengiraan BMI seperti berikut:
Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam meter (m):
BMI = |
|
Setelah mendapat keputusan BMI, anda bolehlah melihat carta di sebelah kanan bagi menentukan sama ada anda tergolong dalam kategori gemuk atau terlalu kurus.
Kandungan lemak dalam makanan
Apa sahaja makanan yang kita makan, sebenarnya mengandungi banyak kalori daripada lemak. Di bawah ini, anda boleh mengikuti garis panduan diet Malaysia sebagai rancangan diet anda.Jenis makanan | Gram lemak setiap sajian | % kalori dari lemak |
---|---|---|
Makanan tinggi lemak | ||
Hamburger saiz biasa | 11.8 | 39 |
Hot dog | 14.5 | 54 |
Kentang goreng | 20-25 keping (saiz biasa yang digoreng dengan minyak sayuran) | 12.247 |
Keropok kentang - 1 aun | 10.1 | 61 |
Mentega/marjerin - 1 sudu teh | 4 | 94 |
Sos salad - 2 sudu makan | 11.1 | 85 |
Kek keju | 16.3 | 57 |
Makanan rendah lemak | ||
Kacang hijau - direbus = cawan | 0.2 | 9 |
Roti - 1 keping | 1.1 | 16 |
Mil oat - 1 cawan | 2.4 | 15 |
Buah epal - 1 biji | 0.5 | 6 |
Ubi kentang - 1 biji dipanggang | 0.2 | 1 |
Jangan jadikan amalan, makan sambil menonton televisyen. Perbuatan ini boleh menyebabkan anda seronok sehingga tidak mahu berhenti makan.
Risiko kesihatan
Sekiranya berat badan anda bertambah, pelbagai keadaan serta masalah boleh berlaku, antaranya ialah:- Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung)
- Strok (angin ahmar)
- Tekanan darah tinggi
- Batu hempedu
- Diabetes (kencing manis)
- Paras kolestrol darah yang tinggi
- Gout
- Sakit di bahagian bawah belakang badan
- Sukar bernafas
- Osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut
- Gangguan pembuangan air kecil
- Penyakit hati
- Barah usus
Casino & Resort to Open on January 7, 2022 - JTM Hub
ReplyDelete› 안양 출장마사지 › Casino & Resort 논산 출장마사지 › › Casino & Resort 5/30/2021. The $400 million Casino & 원주 출장마사지 Resort will combine into a gaming floor that 시흥 출장안마 will be 1,110,000 김제 출장마사지 square feet of gaming space that is