Saturday 26 November 2011

PENYALAHGUNAAN BAHAN

 
Panduan Mengelak Dari Terjebak

Kita perlu tahu memilih aktiviti dan rakan yang baik serta bahan yang kita ambil. Dengan cara ini, kita dapat mengelak daripada terlibat dengan perbuatan menyalahgunakan bahan.

1) Libatkan diri kita dengan aktiviti berfaedah seperti memancing

2) Elakkan diri kita daripada terpengaruh. Kita mesri berani menolak ajakan untuk mencuba atau mengambil bahan-bahan tersebut. Pilih rakan bermoral.

3) Amalkan meneliti kandungan sesuatu bahan. Baca labelmya sebelum kita membeli.

4) Gunakan masa lapang dengan melakukan aktiviti bersama-sama keluarga seperti beriadah. Elakkan ke tempat-tempat hiburan.

Kesan Penyalahgunaan

Perbuatan merokok, mengambil minuman beralkohol dan dadah, serta menghidu bahan-bahan tertentu mendatangkan banyak keburukan kepada kita. Antaranya:


1) Perbuatan perokok membuang putung rokok yang masih menyala boleh
menyebabkan kebakaran



2) Bahan kimia yang terkandung dalam alkohol, rokok, dadah dan bahan yang dihidu boleh menjejaskan kesihatan.




3) Individu yang terlibat tidak dapat mengawal diri dan fikiran apabila ketagihan. Mereka sanggup menjatuhkan maruah diri dan memalukan masyarakat.


4) Kandungan rokok,alkohol, dadah dan bahan hidu boleh menyebabkan ketagihan jika diambil berulang kali. Ketagihan ini akan menyebabkan penagih menghabiskan banyak wang untuk mendapatkan bahan-bahan ini.


5) Individu yang terlibat dalam penylahgunaan bahan-bahan ini sering
menimbulkan masalah dan mengakibatkan keruntuhan keluarga.

Jenis-Jenis Bahan

DADAH
Dadah wujud dalam bntuk pil,serbuk dan bahan mentah. Jenis-jenis dadah adalah seperti heroin, kokain, candu, ganja dan pil khayal.Penyalahgunaan dadah boleh mengubah cara berfikir, perasaan, dan perlakuan seseorang, serta mengakibatkan kematian.Olleh itu, kita perlu mengelakkan diri kita daripada dadah supaya hidup kita bahagia.





ROKOK
Rokok mengandungi pelbagai bahan toksik seperti nikotin, karbon monoksida, dan tar. Bahan ini menyebabkan perokok mendapat penyakit jantung, barah paru-paru, dan penyakit saluran pernafasan yang teruk. Asap rokok ini juga boleh menjejaskan kesihatan orang lain yang tidak merokok. Dengan kemudaratan ini, kita patut mengelak daripada merokok agar hidup kita lebih sejahtera.


ALKOHOL
Minuman beralkohol juga dikenali sebagai minuman keras atau arak. Contohnya ialah bir, wain dan samsu. Minuman beralkohol boleh memabukkan dan menyebabkan peminum tidak berfikir waras dan mengawal perlakuan mereka. Kita sepatutnya mengambil minuman ini kerana terdapat banyak minuman lain yang lebih berkhasiat. Hidup kita tentu lebih sihat tanpa mengambil minuman beralkohol.



BAHAN HIDU
Gam, cat, minyak petrol dan thinner ialah contoh beberapa bahan yang
disalahgunakan sebagai bahan hidu. Ruapan daripada bahan ini boleh mengganggu fungsi sistem saraf dan merosakkan organ-organ tubuh. Kita hebdaklah menjaga kesihatan dengan mengelak daripada menghidu bahan-bahan tersebut. Otak yang cerdas lahir daripada tubuh yang sihat dan cergas.

No comments:

Post a Comment