Tuesday, 22 November 2011

GAYA HIDUP SIHAT: Pemakanan

Makanan ialah apa yang kita makan dan pemakanan merupakan makanan yang dimakan dan bagaimana tubuh badan menggunakannya. Makanan dan pemakanan adalah penting bagi kesihatan setiap individu.

Makan untuk Kesihatan
 Bagi menjaga kesihatan perkara-perkara berikut perlu diambil kira :

  1. Menambah pengambilan makanan yang mempunyai banyak fiber.
  2. Menambah pengambilan makanan yang mengandungi kanji.
  3. Mengurangkan pengambilan lemak.
  4. Mengurangkan pengambilan gula.
  5. Mengurangkan pengambilan garam.
  6. Mengurangkan pengambilan alkohol. 

Makanan yang Seimbang 

Makanan yang seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan kita berfungsi dengan normal. Makanan seimbang seharusnya memberi :

  1. Tenaga makanan yang mencukupi.
  2. Protein, kanji, dan lemak secara optimum.
  3. kandungan fiber yang mencukupi.
  4. Kandungan bahan galian , vitamin dan asid lemak.

Kumpulan Makanan :

  1. Makanan pemberi tenaga.
  2. Makanan pembina badan.
  3. Makanan menjauhi penyakit.

Makanan pemberi tenaga
Di Malaysia penduduk mendapat tenaga daripada nasi. Selain daripada nasi makanan yang menghasilkan tenaga ialah semua jenis bijirin seperti jagung, gandum, beras dan barli.Begitu juga dengan  ubi seperti keledek, keladi, ubi kayu dan kentang. Makanan lain termasuk makanan yang mengandungi gula seperti gula pasir, sirap, jem dan madu.

 Makanan pembina badan
Makanan yang mengandungi protein mebina sel-sel atau jaringan tisu pada tubuh badan kita.Makanan ini termasuklah ikan, ketam kepah,sotong, ayam, itik, dan lembu.
Kekurangan sumber protein ini akan menyebabkan  terbantutnya pertumbuhan seseorang. Ia juga menyebabkan pembentukan otot-otot tergendala. kekurangan pembentukan darah menyebabkan badan menjadi lesu.


Makanan menjauhi penyakit
Makanan jenis ini merupakan makanan yang membekalkan tubuh dengan bahan-bahan yang mengekalkan  semua  perjalanan organ-organ di dalamnya. Ia mencegah tubuh daripada dihidapi penyakit. Makanan jenis ini meliputi sayur-sayuran dan buah-buahan.

      


                                                 




No comments:

Post a Comment