Saturday 26 November 2011

JENIS-JENIS DADAH

JENIS-JENIS DADAH

Dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian:

1.    Narkotik / Opait (Heroin, Morfin, Candu, Kodien & Metadon)
2.    Perangsang / Stimulants (Amfetamin, Methamfetamin, Ecstasy & Kokain)
3.    Penekanan / Depressants (Barbiturat, Trankuilizer, Alkohol)
4.    Hallucinogen (LSD, PCP, Meskalin, Psilosibin)
5.    Cannabis (Ganja, Hashish & Marijuana)

JENIS-JENIS DADAH YANG POPULAR PADA MASA KINI

1.      Morfin
Dikenali juga sebagai “M”, “White Stuff”, “White Powder”, “Monkey”, “Dreamer”, “Morpho”, “Tab”, “Morb”, “Cubes”, “Emsel” dan “Melter”. Morfin ialah sejenis alkaloid yang diperolehi dari candu mentah. Dalam pasaran gelap, ia selalunya diperolehi sebagai morfin mentah, bes morfin (morphine base) atau morfin sulfat atau morfin hidroklorid. Ia terdapat dalam bentuk blok, serbuk atau pil. Cara menggunakan morfin adalah dengan menyuntik larutan morfin atau menelan pil-pil morfin.

 
Morfin

2.      Ganja
Ianya dikenali sebagai “Kanabis Herba”, “Marijuana/Grass”, “Pot/Weed”, “Bhang”, “Kif”, “Takrouri” dan “Dagga”. Kanabis herba atau ganja merujuk kepada bahagian daun dan pucuk berbunga pokok kanabis yang dikeringkan dan kadang-kadang dijadikan dalam bentuk blok atau ‘sate’. Ia menyerupai tembakau walaupun lebih kehijau-hijauan. Kandungan THC adalah antara 0.25%-8%.

 
Ganja

3.      Kokain
Kokain berasal dari daun koka atau Erythroxylon coca dan lain-lain jenis pokok Erythroxylon yang terdapat di Peru, Bolivia, dan Colombia di pergunungan Andes, Amerika Selatan. Bahan ini kebanyakannya disalah gunakan di Amerika Syarikat.

 
Kokain

PUNCA PENYALAHGUNAAN DADAH

Terdapat beberapa punca atau sebab penglibatan penyalahgunaan dadah terutamanya di kalangan remaja. Di antaranya ialah:

1.      Kekurangan Perhatian Daripada Ibu Bapa
Hal ini memang tidak dapat dinafikan terutamanya dalam era mengejar kesenangan hidup pada hari ini. Para ibu bapa sentiasa sibuk mencari nafkah bagi menampung kehidupan serta menyediakan keperluan asas yang bertaraf tinggi untuk keluarga. Secara tidak langsung, masa yang sepatutnya diluangkan bersama anak-anak menjadi terhad. Hal ini akan mengakibatkan remaja menikmati kebebasan yang keterlauan kerana kegiatan mereka tidak lagi diambil tahu oleh ibu bapa. Lama-kelamaan, kebebasan yang dikecapi akan membawa mereka ke lembah penagihan najis dadah.

2.      Pengaruh Rakan Sebaya
Hal ini demikian kerana kebanyakan masa remaja diluangkan bersama dengan rakan sebaya mereka. Oleh itu, pemilihan rakan yang sesuai haruslah dilakukan dengan bijaksana oleh setiap remaja. Sekiranya rakan sebaya yang digauli oleh mereka terlibat dalam pengambilan dadah, secara tidak langsung mereka sendiri akan terikut-ikut dengan sikap rakan mereka.Budaya ini harus dikikis kerana hanya akan menyebabkan gejala ini menjadi lebih serius. Para remaja perlu bersikap rasional pada setiap masa.

3.      Tekanan / Depressi
Kini, remaja bukan hanya berhadapan dengan cabaran untuk belajar di sekolah semata-mata. harapan yang tinggi oleh ibu bapa agar mereka mencapai prestasi yang cemerlang dalam pelajaran telah menjadi suatu tekanan yang hebat kepada remaja. Selain menghadiri kelas di sekolah, mereka terpaksa menghadiri kelas-kelas yang lain seperti kelas tuisyen, muzik, tarian, seni pertahanan diri dan sebagainya bagi memenuhi kehendak ibu bapa. Akibatnya, mereka tidak mempunyai masa yang tersendiri untuk beristirahat dan melakukan hobi yang digemari oleh mereka. Tekanan ini akan mendorong mereka mengambil dadah kerana kononya ingin mencari ketenangan jiwa. Mereka berpendapat bahawa pengambilan dadah dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh mereka dalam sekelip mata sahaja.

4.      Kurang Pendidikan Agama
Pada masa sekarang, kebanyakkan remaja yang terlibat dengan dadah adalah disebabkan oleh kurangnya pendidikan agama. Hal ini berlaku kerana ibubapa tidak memberi perhatian kepada anak mereka. Tambahan lagi,  dalam dunia moden ini remaja sangat terdedah dengan gejala-gejala sosial yang boleh merosakkan akal fikiran mereka. Kurangnya pendidikan agama menyebabkan remaja sesuka hati melakukan perkara yang telah dilarang oleh ugama. Oleh itu, pendidikan agama amatlah penting bagi menghalang atau menghindari dari perbuatan yang di anggap hina.
5.      Pengaruh Media Cetak Dan Media Elektronik
Pada masa kini, remaja sangat terdedah dengan media cetak dan media elektronik. Hal ini adalah kerana melalui kedua-dua media ini dapat memberikan maklumat atau bahan yang tidak diperolehi disekolah mahupun di dalam buku teks sekolah. Walau bagaimanapun, kedua-dua media ini juga memberi pengaruh yang amat besar terhadap remaja hingga boleh mengubah tingkah laku serta akal fikiran mereka. Remaja bertindak melulu tanpa memikirkan perkara yang dibuat itu betul atau salah.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENYALAHGUNAAN DADAH

LANGKAH-LANGKAH MENGHINDARI DARI PENYALAH GUNAAN DADAH

 

Terdapat pelbagai langkah untuk menghindari dari kegiatan penyalahgunaan dadah supaya ia berkurang dan kalau boleh di hapuskan sama sekali. Di antaranya ialah:-

1.      Pihak kerajaan mengenakan hukuman yang berat.
Misalnya di berikan hukuman mati (gantung) bagi pengedar dadah. Hal ini adalah kerana tanpa pengedar dadah ini sudah tentu penagih akan sukar memperolehi bekalan dadah. Begitu juga kepada penagih dadah dikenakan hukuman yang berat. Sebagai contoh, hukuman bagi penyalahgunaan dadah jenis ‘Syabu’. Kesalahan mengedar dadah Syabu iaitu antara 20 gram hingga 50 gram (di bawah seksyen 3 (a) Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27). Hukuman minima adalah 20 tahun penjara dan 15 kali sebat dan  hukuman maksima pula adalah 30 tahun penjara dan 15 kali sebat.  Jika melebihi daripada 50 gram akan dikenakan hukuman mati (gantung). Manakala kesalahan bagi memakan dadah Sybu di bawah Seksyen 6 (b) Akta Penyalahgunaan Dadah Penggal 27, boleh dijatuhka hukuman maksima 10 tahun penjara atau $20,000.00 atau kedua-duanya sekali.

2.      Melaksanakan pendidikan untuk mencegah dari penyalahgunaan dadah.
Pihak yang berkenanaan sama ada kerajaan mahupun swasta dalam usaha untuk membanteras isu penyalahgunaan dadah perlu mengadakan pendidikan untuk mencegah. Sebagai contoh, mengadakan aktiviti-aktiviti seperti ceramah, seminar, pameran dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk memberi informasi, pengetahuan serta kefahaman kepada masyarakat terutama golongan remaja tentang bahaya dadah dan kesedaran mereka. Selain itu, pihak yang berkenaan boeh mengadakan aktiviti ko-kurikulum seperti perkhemahan motivasi dan sebagainya.

3.      Perlu mewujudkan kerjasama di antara orang awam dan kerajaan.
Hal ini bertujuan supaya sentiasa berganding bahu bagi sama-sama membanteras isu penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa terutama di kalangan golongan remaja. Sebagai contoh, masyarakat dan pihak kerajaan perlu memata-matai serta bertindak pantas dalam melaporkan kegiatan-kegiatan yang mencurigakan. Ibu bapa perlu mengawasi dan bertanggungjawab dalam menjaga anak-anak mereka. Selain itu, kawalan kastam yang ketat perlu dilaksanakan.

4.      Penubuhan pusat-pusat pemulihan.
Pihak kerajaan juga telah menubuhkan rumah-rumah pemulihan yang bertujuan untuk memberi rawatan bagi penagih-penagih sama ada dari berbagai peringkat umur, bangsa dan lain-lain. Sebagai contoh, kerajaan Brunei telah menubuhkan sebuah rumah pemulihan yang dikenali sebagai Rumah Al-Islah untuk merawat serta memulihkan pemikiran mental serta tingkah laku  mereka kepada jalan yang benar serta di redhai Allah.

KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH

Penyalahgunaan dadah banyak memberikan kesan atau akibat yang negatif kepada si penagih dadah.  Di antaranya ialah:-

(Ini adalah contoh gambar yang di ambil dari laman google)

1.     Tubuh badan yang siaht menjadi lemah, kurus dan tidak bermaya kerana kurang nafsu makan yang    menyebabkan kurang zat-zat makanan yang diperlukan.
2.      Mudah tersinggung dan naik radang denan perasaan yang bukan-bukan kerana mensyaki dan khuatir masyarakat sentiasa menghina mereka
3.      Mata selalu merah dan berair kerana fungsi mata tidak dapat dikawal sehingga mereka terpaksa memaki kaca mata gelap untuk melindunginya.
4.      Terdapat parut dan kesan-kesan luka celar-celar, terutam di bahagian lengan (bagi mereka yang menggunakan jarum suntikan)
5.      Dari masa ke semasa menggelatar seperti kesejukkan amat sangat.
6.      Suka menjauhkan diri dari khalayak ramai ke tempat-tempat sunyi atau gelap.
7.      Selalu melakukan perbuatan atau gaya yang ganjil-ganjil kerana bdipengaruhi khayalan-khayalan kesan dadah yang mereka ambil.
8.      Tidak dapa mengawal pertuturan dan suara kerana kemerosotan dan gangguan mental, sehingga percakapan susah di fahami.
9.      Selalu mengantuk, hilang konsentrasi serta hilang pertimbangan akal dan kawalan diri.Walau bagaimanapun, kesan atau akibat dadah ke atas seseorang adalah berbeza mengikut individu dan bergantung kepada beberapa faktor seperti jumlah dadah, jumlah dadah yang digunakan, cara penggunaan, keadaan individu serta situasi ketika menggunakannya.

PENYALAHGUNAAN BAHAN

 
Panduan Mengelak Dari Terjebak

Kita perlu tahu memilih aktiviti dan rakan yang baik serta bahan yang kita ambil. Dengan cara ini, kita dapat mengelak daripada terlibat dengan perbuatan menyalahgunakan bahan.

1) Libatkan diri kita dengan aktiviti berfaedah seperti memancing

2) Elakkan diri kita daripada terpengaruh. Kita mesri berani menolak ajakan untuk mencuba atau mengambil bahan-bahan tersebut. Pilih rakan bermoral.

3) Amalkan meneliti kandungan sesuatu bahan. Baca labelmya sebelum kita membeli.

4) Gunakan masa lapang dengan melakukan aktiviti bersama-sama keluarga seperti beriadah. Elakkan ke tempat-tempat hiburan.

Kesan Penyalahgunaan

Perbuatan merokok, mengambil minuman beralkohol dan dadah, serta menghidu bahan-bahan tertentu mendatangkan banyak keburukan kepada kita. Antaranya:


1) Perbuatan perokok membuang putung rokok yang masih menyala boleh
menyebabkan kebakaran



2) Bahan kimia yang terkandung dalam alkohol, rokok, dadah dan bahan yang dihidu boleh menjejaskan kesihatan.




3) Individu yang terlibat tidak dapat mengawal diri dan fikiran apabila ketagihan. Mereka sanggup menjatuhkan maruah diri dan memalukan masyarakat.


4) Kandungan rokok,alkohol, dadah dan bahan hidu boleh menyebabkan ketagihan jika diambil berulang kali. Ketagihan ini akan menyebabkan penagih menghabiskan banyak wang untuk mendapatkan bahan-bahan ini.


5) Individu yang terlibat dalam penylahgunaan bahan-bahan ini sering
menimbulkan masalah dan mengakibatkan keruntuhan keluarga.

Jenis-Jenis Bahan

DADAH
Dadah wujud dalam bntuk pil,serbuk dan bahan mentah. Jenis-jenis dadah adalah seperti heroin, kokain, candu, ganja dan pil khayal.Penyalahgunaan dadah boleh mengubah cara berfikir, perasaan, dan perlakuan seseorang, serta mengakibatkan kematian.Olleh itu, kita perlu mengelakkan diri kita daripada dadah supaya hidup kita bahagia.





ROKOK
Rokok mengandungi pelbagai bahan toksik seperti nikotin, karbon monoksida, dan tar. Bahan ini menyebabkan perokok mendapat penyakit jantung, barah paru-paru, dan penyakit saluran pernafasan yang teruk. Asap rokok ini juga boleh menjejaskan kesihatan orang lain yang tidak merokok. Dengan kemudaratan ini, kita patut mengelak daripada merokok agar hidup kita lebih sejahtera.


ALKOHOL
Minuman beralkohol juga dikenali sebagai minuman keras atau arak. Contohnya ialah bir, wain dan samsu. Minuman beralkohol boleh memabukkan dan menyebabkan peminum tidak berfikir waras dan mengawal perlakuan mereka. Kita sepatutnya mengambil minuman ini kerana terdapat banyak minuman lain yang lebih berkhasiat. Hidup kita tentu lebih sihat tanpa mengambil minuman beralkohol.



BAHAN HIDU
Gam, cat, minyak petrol dan thinner ialah contoh beberapa bahan yang
disalahgunakan sebagai bahan hidu. Ruapan daripada bahan ini boleh mengganggu fungsi sistem saraf dan merosakkan organ-organ tubuh. Kita hebdaklah menjaga kesihatan dengan mengelak daripada menghidu bahan-bahan tersebut. Otak yang cerdas lahir daripada tubuh yang sihat dan cergas.

GAYA HIDUP SIHAT: Penyalahgunaan Bahan

Pengenalan Topik
(Penyalahgunaan Bahan)

Tahukah anda bahawa terlibatnya seseorang itu di dalam penyalahgunaan bahan disebabkan oleh kebebasan yang keterlaluan diberi kepada mereka disebabkan terlalu mempercayai bila ada kegiatan di luar rumah. Walaubagaimana percaya sekalipun kita haruslah berwaspada dan sentiasa prihatin di atas setiap pergerakan dan perlakuan mereka.
Kajian untuk subjek kaunseling penyalahgunaan bahan di Pusat Serenti mendapati bahawa sebilangan pelatih mengatakan, kebebasan yang diberi tanpa kawalan dan batasan, kepercayaan yang sepenuhnya oleh ibu bapa dan keinginan untuk mengetahui bagaimana rasanya "high" dan bergaul bebas adalah punca kenapa mereka terlibat dengan peyalahgunaan bahan.
Oleh itu waspadalah agar kita tidak terjerumus ke lembah yang tidak diingini dan seterusnya menjadi sebahagian dari anggota "mayat hidup". Marilah kita sama-sama memberikan kasih sayang dan keprihatinan serta komunikasi dua hala yang berkesan sesama sendiri.


RPH PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5

Persediaan Mengajar Harian Tahun 5 – Pendidikan Kesihatan


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN KESIHATAN
Mata Pelajaran                     : Pendidikan Kesihatan
Tunjang                                 : Kesihatan diri dan keluarga
Tajuk                                      : Kesihatan diri
Sub Tajuk                              : Penyakit tidak berjangkit
Tarikh                                     : 13 September 2010
Masa                                      : 7.30 – 8.30 pagi
Tahun                                                : 5 Bijak
Bilangan murid:                   : 20 orang

OBJEKTIF                             : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat
                                                Kognitif :   1) Menyenaraikan 5 jenis penyakit tidak berjangkit.
                                                                  2) Menyatakan cara-cara pencegahan penyakit tidak  berjangkit.
                                               Afektif    :   1) Bekerjasama dan bantu-membantu antara satu sama lain,
                                                                  2) Bertanggungjawab dan dapat membina keyakinan diri.
Pengalaman sedia ada      : Murid-murid pernah terbaca poster tentang penyakit tidak berjangkit di sekolah  dan hospital.
Penerapan Nilai                   : Bekerjasama, berdisiplin dan berkeyakinan
Bahan bantu mengajar      : 1) Kertas mahjong
                                         2) Marker pen
                                         3) Gambar
                                         4) Bahan bacaan, buku teks
Penggabungjalinan                        : Pendidikan Sivik- Sayangi Diri

BAHAGIAN/ MASA AKTIVITI FOKUS PEMBELAJARAN ORGANISASI STRATEGI DAN P&P/ ABM
Set Induksi
( 5 minit)
Pengenalan kepada maksud penyakit tidak berjangkit dalam bentuk teka-teki
  • Guru membuat lakonan yang berkaitan dengan isu stres dan pada masa yang sama guru meminta murid mengenalpasti apa yang dapat dilihat dan mereka fahami dari hasil lakonan guru tersebut.
  • Guru kemudian mengadakan sesi soal jawab:
a)                     Meminta murid kenalpasti kejadian yang berlaku.
b)                     Punca kejadian itu berlaku.
  • Guru masuk ke dalam kelas sambil menghempas buku ke meja.
  • Guru membuat aksi lakonan meluahkan rasa tertekan akibat dari kerja sekolah yang bertimbun-timbun dan tarikh peperiksaan yang semakin dekat.
  • Lakonan, , kemahiran mencari maklumat, kemahiran mencatat.
Perkembangan
Langkah 1
(5 minit)
Mengenali jenis  -jenis penyakit tidak  berjangkit
  • Guru menerangkan kepada murid maksud penyakit tidak berjangkit.
  • Guru menayangkan jenis-jenis penyakit tidak berjangkit dengan Microsoft Powerpoint.



  • Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan.

  • Kemahiran mencatat
BAHAGIAN/ MASA AKTIVITI FOKUS PEMBELAJARAN ORGANISASI STRATEGI DAN P&P/ABM
Langkah 2
(5 minit)
Mengaitkan kesan konflik dan stres terhadap kesihatan.
  • Guru mengarahkan murid membuat perbincangan mengikut kumpulan.
  • Hasil perbincangan harus dalam bentuk peta minda.
  • 2 kumpulan membincangkan 3 punca/ sebab stres.
  • 2 kumpulan lain membincangkan 3 cara bagaimana untuk mencegah dan merawati stres.
  • KBKK, menjana idea, menyenaraikan.
Langkah 3
( 10 minit)
Pembentangan kumpulan.
  • Murid-murid membuat pembentangan ringkas hasil dari perbincangan berkumpulan.
  • Guru memberi panduan dan tunjuk ajar kepada murid-murid semasa sesi pembentangan dan mengaitkan dengan isu-isu semasa.
  • Penerapan nilai- Berkeyakinan, bekerjasama.
Rumusan dan Penilaian
(5 minit)
Sesi refleksi.
  • Guru membuat ulasan di akhir perbincangan kelas.
  • Guru akan merumuskan dan menerangkan tentang kesan konflik dan stres terhadap kesihatan dan cara-cara untuk mengatasinya kepada murid-murid.

Kenapa perlu bersenam?

Anda tahu tidak kenapa kita perlu bersenam? Faedahnya banyak. Dengan bersenam, badan kita akan jadi sihat dan kuat. Kita juga akan jauh daripada pelbagai penyakit. Antara faedah lain daripada bersenam ialah:
  • Senaman dapat meningkatkan kelembutan (kelenturan otot) dan membina kekuatan otot.
  • Jantung bekerja lebih cekap ketika bersenam dan berehat.
  • Meningkatkan kadar nadi dan mencegah pengerasan arteri, serta dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Arteri yang keras merupakan penyebab utama berlakunya tekanan darah tinggi yang boleh membawa penyakit jantung dan angin ahmar (strok).
  • Meningkatkan keupayaan badan mengawal paras glukosa darah.
  • Membantu mengawal lipid darah yang tidak normal.
  • Menguatkan tulang dan meningkatkan imbangan. Ini akan membantu mencegah atau memperlahankan proses osteoporosis (kereputan tulang) dan mengurangkan risiko daripada terjatuh yang boleh menyebabkan patah pinggang atau kecederaan yang lain.
Kanak-kanak yang kurus lebih aktif berbanding kanak-kanak yang gemuk.

Senaman yang boleh dilakukan

Tentu ramai anda yang takut dan bimbang ditimpa pelbagai penyakit bukan? Jangan bimbang, kalau ada penyakit, pasti ada penawarnya. Senaman yang dirasakan sesuai untuk meningkatkan lagi aktiviti fizikal anda supaya tidak berlaku masalah kesihatan:

Obesiti


Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.
 
 

Siapakah yang tergolong dalam obesiti?

  • Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal;
  • Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya;
  • Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 (sila lihat di bawah untuk bagaimana mengira BMI);
  • Mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis); dan
  • Gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan

Apakah berat badan sepatutnya?

Manusia dilahirkan dengan saiz, tinggi, dan bentuk badan yang berbeza. Sebab itu, tidak semua orang mempunyai ketinggian, bentuk, dan berat badan yang sama. Berat badan sepatutnya dikategorikan sebagai sederhana, iaitu tidak gemuk dan tidak pula kurus. Jika anda hendakkan berat badan sebegini, anda perlu menjauhi makanan yang mengandungi banyak lemak dan kalori. Tetapi, jangan berlapar sehingga badan berubah menjadi kurus. Makanlah dengan cukup. Oleh itu, banyakkan makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran kerana badan anda amat memerlukan makanan tersebut.
 

Apakah Indeks Jisim Badan?

Indeks Jisim Badan (BMI) (bahasa Inggeris: Body Mass Index) merupakan formula untuk menilai berat badan serta berkait rapat dengan ketinggian seseorang itu. BMI merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu itu.
Indeks Jisim Badan
Status BMI
Kurus Kurang 20.6
Normal 20.7 - 26.4
Gemuk 26.5 - 30.9
Obesiti 31.0 - 45.2
Bahaya Lebih 45.3
[perlu rujukan]
Jika anda ingin tahu berat badan serta ketinggian anda itu menepati ciri-ciri berat badan yang ideal atau tidak, anda boleh menggunakan pengiraan BMI seperti berikut:
Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam meter (m):
BMI   =   
berat(kg)
------------------------------
tinggi(m) x tinggi(m)

Setelah mendapat keputusan BMI, anda bolehlah melihat carta di sebelah kanan bagi menentukan sama ada anda tergolong dalam kategori gemuk atau terlalu kurus.


Kandungan lemak dalam makanan

Apa sahaja makanan yang kita makan, sebenarnya mengandungi banyak kalori daripada lemak. Di bawah ini, anda boleh mengikuti garis panduan diet Malaysia sebagai rancangan diet anda.

Jenis makanan Gram lemak setiap sajian % kalori dari lemak
Makanan tinggi lemak
Hamburger saiz biasa 11.8 39
Hot dog 14.5 54
Kentang goreng 20-25 keping (saiz biasa yang
digoreng dengan minyak sayuran)
12.247
Keropok kentang - 1 aun 10.1 61
Mentega/marjerin - 1 sudu teh 4 94
Sos salad - 2 sudu makan 11.1 85
Kek keju 16.3 57
Makanan rendah lemak
Kacang hijau - direbus = cawan 0.2 9
Roti - 1 keping 1.1 16
Mil oat - 1 cawan 2.4 15
Buah epal - 1 biji 0.5 6
Ubi kentang - 1 biji dipanggang 0.2 1


Jangan jadikan amalan, makan sambil menonton televisyen. Perbuatan ini boleh menyebabkan anda seronok sehingga tidak mahu berhenti makan.

 Risiko kesihatan

Sekiranya berat badan anda bertambah, pelbagai keadaan serta masalah boleh berlaku, antaranya ialah: